Perkara ini berlaku ketika aku berumur 11 tahun. Loceng sudah berbunyi menandakan waktu rehat. Aku dan kawanku, Jannah pergi ke kantin sambil berlari-lari anak. Ketika itu, seorang kawan lelakiku, Amer sedang berlari sama menyebabkan Jannah terjatuh. Ketika itu, aku tidak perasan yang Jannah terjatuh. Lari punya lari, aku pun terjatuh sekali. Alamak! Malunya!!! Oh, tidak!!! Maruah aku tercalar! Haha…
Aduh, terpaksalah tebalkan muka aku. Jalan sajalah! Lantak orang nak pikir apa! Ish! Malu betul! Habis sakit sendi-sendi aku! Bila aku mengenangkan kenangan pahit yang menjadi manis itu, aku tersenyum. Kalau boleh mahu ulang sahaja masa. Ah, waktu itu memang kelakar gilalah! Haha.
Yang tengah gelak,
Ina
DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)
No comments:
Post a Comment