Semalam aku pergi Seremban dan terus singgah ke rumah mak teh aku. Selepas memberi salam dan disambut oleh mak teh, aku terus masuk ke dalam rumahnya. Wah! Aku ternampak Barbie Doll Cake! Cantiknya! Kalau boleh, aku nak je ngap kek tuh. Haha..
Aku menjenguk sikit ke dapur mak teh. Hmm… aku ternampak lagi sebiji kek. Wah! Berapa banyak kek ni? (Sebenarnya, mak teh aku ni pembuat kek!) Kek itu kemudian dimasukkan ke dalam oven. Selepas itu, terus dihidangkan di atas meja di tempat aku duduk. Berasap-asap! Hmm… Nampak macam sedap! Bila aku pegang aje kek tu, aku rasa dia punya kek lembut. Apa lagi? Sekali makan pun dah abis! Boleh runtuh diet aku! Sedap gila! Mak ngah aku kata nama kek tu Japanise Cotton Cheese Cake. Mak aku sebut pun dah berbelit-belit! Nak tengok contoh kek tuh? Hah, meh sini! Tengok kat bawah ni:
Cantik tak? Cantik lah tu kan? Haha.. sampai di sini sahaja ya. Wassalam.
Yang Benar,
Imanina
DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

No comments:
Post a Comment