Pages

Blogku Berusia

Daisypath Friendship tickers

Friday, May 6, 2011

Dialog antara dua orang kakak!

Panas terik pada petang tu buat aku berpeluh. Aku sempat pergi ke waffle corner kat depan BILLION tuh. Lepast tu, aku dengar perbualan antara dua orang kakak ni. Kakak A tak pakai tudung, berambut pendek.  Kakak B pulak pakai tudung n wajahnya ayu. Aku suka tengok! Haha...

Kakak A: Kau pehal? Sepak laju-laju kang!
Kakak B: Apa? Kau ingat aku takut?

Aku yang menyaksikan sepak terajang perbalahan kecil itu hanya tersengih. Dalam diam, hati aku kata. 'Ada ke ayat sepak laju-laju? Kalau ada, naik jenuh nak sepak laju-laju. Penat satu masalah tambah lagi.' Bila ada orang carik pasal dengan aku, aku pun kata lah, 'sepak laju-laju kang!' Haha...
DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Saturday, April 30, 2011

Blurku Berterusan... :D

Khamis, 4.00 petang, dalam kelas 6A, belajar subjek BM.

Raihan: Eh! Apa yang kau lukis tu?
Aku: Hmm… macam tak tau aje kau ni. Lukis kartunlah!
Raihan: Ah, bongak!
Aku: *berhenti melukis kejap*. Kenapa?
Raihan: Kau bukan lukis kartun, tapi anime!
Aku: Hek eleh! Buat aku suspen je. Ingatkan aku lukis tu, macam  monster!
Raihan: *sengih-sengih.
Tiba-tiba, ada orang panggil aku. Aku angkat kepala. Aku pandang semua orang. Apa kena pulak dengan diorang ni? Semua siap panggil aku!
Semua orang: Nina!! Nina!! Nina!!
Aku: Hah?? Apa? Apa? *buat muka terkejut and blur
Bila aku kata je perkataan tu, hampir semua orang tergelak. Aku kerut kening. Apa kehe gelak-gelak ni? Buang tabiat ke?
Raihan: Eh Nina! Cikgu panggil kaulah! Kau tak dengar ke? Tengok, semua orang siap BANTU cikgu panggil kau!
Aku: Eh ye ke? Manalah aku perasan! *sambil tersengih-sengih.
Raihan: Eee kau ni!
Aku: *buntangkan mata kejap.
Raihan: *tergelak.
Tiba-tiba, Ikram pandang belakang. Lalu dia kata:
Ikram: Eii… pekak!
Aku: Kau pehal hah? Mana aku perasan! *tak puas hati.
Lepas tu, aku rehat. Masa aku pergi kantin tulah, ada orang sibuk tanya aku.
Nana: Nina! Kau tak dengar ke cikgu panggil kau?
Aku: Tak perasan! Hehe… *gelak kejap.
Lepas tu, ada orang tanya aku lagi.
Rozi: Ni…na! Kau tak dengar ke cikgu panggil kau? Semua orang siap menjerit panggil kau!
Aku: Hehe… ye ke? *tayang senyuman malu.
Kenangan ini tidak mungkin kulupa sampai bila-bila. Insya-Allah, aku akan terus ingat sampai aku tua kerepot. Haha…

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Benci ke Sayang Cik Nina?? Haha

Hari ni, aku rasa sakit hati dengan seseorang. Aku kenalkan dia sebagai Mie ajelah. Masa tu, aku rilek-rilek dalam kelas. Tiba-tiba, dia datang dekat aku. Aku pun rasa peliklah. Apa pasal dia nak datang sini. Lepas fikir-fikir, dia tiba-tiba tampar aku. Aku tergamamlah jugak. Dalam hati aku ni, meluap-luap kemarahan aku kat dia. Tapi, aku sabo je. Kalau orang gila, jangan dilayan sangat!
Hari Khamis tu, aku ada tuisyen BM. Aku pun selamba ajelah duduk atas kerusi sambil minum air manis yang sejuk. Uuii… sedapnya! Sedang aku leka dengan berangan, ada satu tangan tampo pipi aku yang comel. Menyampah lak ai den dongar! Aku bangun dengan pantas sebab aku dah geram tahap gaban. Lepas tu, muka dia aku pandang. Mata aku pulak, tajam! Orang tengok pun naik gerun. Pastu, aku katalah sesuatu dengan dia.
Aku: Woi! kau pehal hah? Nak kena pelempang ke?
Mie: Test ar…
Aku: Jangan paksa aku!
Mie: Cepatlah buat! Tadi macam berani sangat! *sambil tersenyum sinis.
Aku pura-pura angkat tangan. Tapi, dia masih selamba. Aku sebenarnya tak berani nak tampar orang. Tapi dengan dia, aku tak boleh tahan.
Mie: Kenapa tak tampar? Penakut!
Aku: Hish! *sambil blah daripada situ.
Aku keluar kejap nak pergi kelas 6B. Aku sembunyi kat situ kejap. Aku dengan Raihan main conteng papan hitam sebab boring. Dah puas conteng papan hitam, aku pergi kelas aku balik, 6A. Perlahan-lahan, senyumanku berdikit. Dia tengah pandang depan. Aku pulak kat belakang dia. Aku sengih macam kerang busuk. Dalam hati, aku bersorak. ‘Yes! Inilah peluang aku!’ tanpa dia sedar, aku tampar pipi dia sekuat hati. Aku rasa, kelas sebelahku pun boleh dengar. Aku dengar dia kata, “Aduh!” Aku mula tersengih. Padan muka! Lepas tu, aku lari kejap. Takut dia kejar aku n tampar aku. Tetapi sekarang, aku rasa dia tidak akan tampar aku. Aku akui, aku memang rindu nak tampar dia dengan dia tampar aku. Tapi, nak buat macam mana. Kalau aku tak mengadu dekat mama, sudah semestinya dia akan berterusan tampar pipi aku. Bila dia tak kacau aku, aku rasa boring sangat! Na ottoke… Sedih kejap.

Luahan hati,
Imanina

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Tuesday, March 29, 2011

Blog Baru

Assalamualaikum...

Dah berapa lama agaknya saya tak update blog ni ye? Rasanya, dah 4 minggu... Fuuiiyyooo... lama uh! Saya tak update blog kerana sibuk mengemaskinikan blog baru. Hobi saya yang sebenarnya ialah menulis. Jadi, blog baru itu untuk ditulis novel. Saya ni dah dikirakan obses nak jadi penulis. (Tapi, tak jadi-jadi jugak!) Okey, okey. Tak nak dengar celoteh saya dan nak tahu URL blog saya. Kat bawah ini, ye..

cintakauialahaku.blogspot.com  (Macam jiwang ajekan? Hehe..)

Okey, kalau tak nak tengok tak apa. Nanti, sebat dengan rotan buluh. (Erk! Nina kejam!! Protes Nina!!) Sekian di sini, wassalam...

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Saturday, February 26, 2011

Jom Lawat Laman Blog Ainaa Manja!

Hari ni, Nina rasa berseri-seri. Muka Nina ni, bercahaya! Ceh, geli pulak Nina dengar. Nak tau sebab kenapa muka Nina berseri? Ini kerana, Nina telah melawat laman blog Adik Ainaa. Cantik betul laman blog Adik Ainaa berbanding.... NINA! Hehe... Nak lawat laman blog Adik Ainaa? Kat bawah ini, ya!

maniastory.blogspot.com

Okey, bertambahlah follower Adik Ainaa. Tau tak, Adik Ainaa ramai follower. Adalah dalam 1000 lebih. Mudah-mudahan, follower Adik Ainaa akan bertambah menjadi 2000.. Hehe.. Sampai di sini sahaja. Wassalam...
DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Sunday, February 20, 2011

Japanise Cotton Cheese Cake dan Barbie Doll Cake

Semalam aku pergi Seremban dan terus singgah ke rumah mak teh aku. Selepas memberi salam dan disambut oleh mak teh, aku terus masuk ke dalam rumahnya. Wah! Aku ternampak Barbie Doll Cake! Cantiknya! Kalau boleh, aku nak je ngap kek tuh. Haha..
Aku menjenguk sikit ke dapur mak teh. Hmm… aku ternampak lagi sebiji kek. Wah! Berapa banyak kek ni? (Sebenarnya, mak teh aku ni pembuat kek!) Kek itu kemudian dimasukkan ke dalam oven. Selepas itu, terus dihidangkan di atas meja di tempat aku duduk. Berasap-asap! Hmm… Nampak macam sedap! Bila aku pegang aje kek tu, aku rasa dia punya kek lembut. Apa lagi? Sekali makan pun dah abis! Boleh runtuh diet aku! Sedap gila! Mak ngah aku kata nama kek tu Japanise Cotton Cheese Cake. Mak aku sebut pun dah berbelit-belit! Nak tengok contoh kek tuh? Hah, meh sini! Tengok kat bawah ni:
Hah! Ini ler bentuk keknya! Nak tengok yang Barbie Doll Cake tu? Bawah ni ye!



















Cantik tak? Cantik lah tu kan? Haha.. sampai di sini sahaja ya. Wassalam.

Yang Benar,
Imanina

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Friday, February 18, 2011

Oh! Malunyaaa!!!

Perkara ini berlaku ketika aku berumur 11 tahun. Loceng sudah berbunyi menandakan waktu rehat. Aku dan kawanku, Jannah pergi ke kantin sambil berlari-lari anak. Ketika itu, seorang kawan lelakiku, Amer sedang berlari sama menyebabkan Jannah terjatuh. Ketika itu, aku tidak perasan yang Jannah terjatuh. Lari punya lari, aku pun terjatuh sekali. Alamak! Malunya!!! Oh, tidak!!! Maruah aku tercalar! Haha…
Aduh, terpaksalah tebalkan muka aku. Jalan sajalah! Lantak orang nak pikir apa! Ish! Malu betul! Habis sakit sendi-sendi aku! Bila aku mengenangkan kenangan pahit yang menjadi manis itu, aku tersenyum. Kalau boleh mahu ulang sahaja masa. Ah, waktu itu memang kelakar gilalah! Haha.

Yang tengah gelak,
Ina

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Wednesday, February 2, 2011

We are Best Friends Forever!

Do you know what is best friends?
A best friends is a secret sharer,
A best friends is a great consultant,
A best friends is a comfort giver,
A best friends is like a diamond,
A best friends is always care,
A best friends is always share,
A best friends makes you smile,
A best friend is loving, caring, sweet and true
A best friend is someone like you

thanks for being my friends... :)
DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Monday, January 31, 2011

Kucing baka Parsi

Assalamualaikum semua...
Anda semua pernah dengar perkataan kucing baka parsi? Apa? Tak pernah dengar? Ish, ish, ish... Rugi betul anda semua. Haha.. Kalau orang yang dah tahu, jangan marah Nina pulak ye? Okey, buat oran yang tak tahu, Nina akan postkan gambar... Layan, kay...


Alahai... kiut-miutnye! Hehe... Tapi, kenapa macam hamster ni? Ish, tak boleh jadi ni! Nina postkan gambar baru ajelah sebab tak nampak cam kucing pulak. Jangan marah, tau!


Adoiyaii... Ini lagi comel! Putih kapas bulunya. Haha... Sekarang sudah puas hati? Kalau sudah puas hati, bagi Nina makan dulu. Lapar ni.. Haha.. See you soon.. Da~

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

~{Hujan oh Hujan}~

Assalamualaikum semua...
Hari ini hujan lagi daa... Tapi kita sebagai manusia jangan mengeluh dengan rahmat Allah. Huhu... Semalam Nina pergi Seremban. Wah, banjir sampai nak ke paras jambatan. Tapi setakat ni, belum lagi la. Tapi, bagus juga hujan ya? Boleh jimatkan bil eletrik ayah Nina. Bila tidur, tak payah pasang kipas.  Bila baca buku di atas sofa dengan keadaan terlentang pun tak payah buka kipas. Haha..



DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Sunday, January 30, 2011

Maher Zain?

Pernah dengar perkataan Maher Zain? Ish, kalau tak pernah dengar nama Maher Zain, rugi sungguh! Tak gitu? Sebenarnya, Maher Zain ni orang putih! Hehe... Senang katalah, Maher Zain ni dah masuk Islam dengan petunjuk Allah. Tak kenal Maher Zain? Aduhai... Tak apa, tak apa. Tengoklah gambar di sini saja. Tak perlu taip nama 'Maher Zain' di Google. Hehe... Layan, kay..



Eh! Marah ke? Kecil sangat ke? Ala... Itu pun nak marah. Ok, Nina letak gambar Maher Zain besar-besar, okey... (Tapi sederhana jelah... Hehe...)


Hah! Macam mana? Puas hati? Hehe... Ok... Macam inilah muka Maher Zain... Bangga tak kalau orang putih ni masuk islam? Ish, mestilah banggakan? (Kembang hidung!) Okay, sampai di sini saja... Wassalam...
DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Siapa minat Korea?

Siapa minat Korea, angkat tangan! Hehe... Siapalah yang tidak minat Korea? Kalau mereka tidak minat Korea, alamat mereka pasti rugi betul! Haha... Nina paling minat Suju singkatan nama Super Junior. Wah, Suju ini memang berbakat! Pandai menyanyi, pandai menari! Cool tarian Suju... Terpikat Nina dibuatnya! Suju ni pun hensem-hensem semuanya. Tapi... Kalau Shindong... Comel saja... Hehe.... (Shindong, jangan marah tau!) Sesiapa yang tidak tahu siapa itu Suju, Nina ada postkan gambarnya. Layan, kay...





Wah... Bagaimana? Hensem atau tidak Suju ini? Pasti anda kata Suju ini Super Hensem! Hehe.. Ok.. Nina nak tengok cerita Doraemon ni! Ada masa, Nina buat post baru. See you...
DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)