Pages

Blogku Berusia

Daisypath Friendship tickers

Friday, May 6, 2011

Dialog antara dua orang kakak!

Panas terik pada petang tu buat aku berpeluh. Aku sempat pergi ke waffle corner kat depan BILLION tuh. Lepast tu, aku dengar perbualan antara dua orang kakak ni. Kakak A tak pakai tudung, berambut pendek.  Kakak B pulak pakai tudung n wajahnya ayu. Aku suka tengok! Haha...

Kakak A: Kau pehal? Sepak laju-laju kang!
Kakak B: Apa? Kau ingat aku takut?

Aku yang menyaksikan sepak terajang perbalahan kecil itu hanya tersengih. Dalam diam, hati aku kata. 'Ada ke ayat sepak laju-laju? Kalau ada, naik jenuh nak sepak laju-laju. Penat satu masalah tambah lagi.' Bila ada orang carik pasal dengan aku, aku pun kata lah, 'sepak laju-laju kang!' Haha...
DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Saturday, April 30, 2011

Blurku Berterusan... :D

Khamis, 4.00 petang, dalam kelas 6A, belajar subjek BM.

Raihan: Eh! Apa yang kau lukis tu?
Aku: Hmm… macam tak tau aje kau ni. Lukis kartunlah!
Raihan: Ah, bongak!
Aku: *berhenti melukis kejap*. Kenapa?
Raihan: Kau bukan lukis kartun, tapi anime!
Aku: Hek eleh! Buat aku suspen je. Ingatkan aku lukis tu, macam  monster!
Raihan: *sengih-sengih.
Tiba-tiba, ada orang panggil aku. Aku angkat kepala. Aku pandang semua orang. Apa kena pulak dengan diorang ni? Semua siap panggil aku!
Semua orang: Nina!! Nina!! Nina!!
Aku: Hah?? Apa? Apa? *buat muka terkejut and blur
Bila aku kata je perkataan tu, hampir semua orang tergelak. Aku kerut kening. Apa kehe gelak-gelak ni? Buang tabiat ke?
Raihan: Eh Nina! Cikgu panggil kaulah! Kau tak dengar ke? Tengok, semua orang siap BANTU cikgu panggil kau!
Aku: Eh ye ke? Manalah aku perasan! *sambil tersengih-sengih.
Raihan: Eee kau ni!
Aku: *buntangkan mata kejap.
Raihan: *tergelak.
Tiba-tiba, Ikram pandang belakang. Lalu dia kata:
Ikram: Eii… pekak!
Aku: Kau pehal hah? Mana aku perasan! *tak puas hati.
Lepas tu, aku rehat. Masa aku pergi kantin tulah, ada orang sibuk tanya aku.
Nana: Nina! Kau tak dengar ke cikgu panggil kau?
Aku: Tak perasan! Hehe… *gelak kejap.
Lepas tu, ada orang tanya aku lagi.
Rozi: Ni…na! Kau tak dengar ke cikgu panggil kau? Semua orang siap menjerit panggil kau!
Aku: Hehe… ye ke? *tayang senyuman malu.
Kenangan ini tidak mungkin kulupa sampai bila-bila. Insya-Allah, aku akan terus ingat sampai aku tua kerepot. Haha…

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Benci ke Sayang Cik Nina?? Haha

Hari ni, aku rasa sakit hati dengan seseorang. Aku kenalkan dia sebagai Mie ajelah. Masa tu, aku rilek-rilek dalam kelas. Tiba-tiba, dia datang dekat aku. Aku pun rasa peliklah. Apa pasal dia nak datang sini. Lepas fikir-fikir, dia tiba-tiba tampar aku. Aku tergamamlah jugak. Dalam hati aku ni, meluap-luap kemarahan aku kat dia. Tapi, aku sabo je. Kalau orang gila, jangan dilayan sangat!
Hari Khamis tu, aku ada tuisyen BM. Aku pun selamba ajelah duduk atas kerusi sambil minum air manis yang sejuk. Uuii… sedapnya! Sedang aku leka dengan berangan, ada satu tangan tampo pipi aku yang comel. Menyampah lak ai den dongar! Aku bangun dengan pantas sebab aku dah geram tahap gaban. Lepas tu, muka dia aku pandang. Mata aku pulak, tajam! Orang tengok pun naik gerun. Pastu, aku katalah sesuatu dengan dia.
Aku: Woi! kau pehal hah? Nak kena pelempang ke?
Mie: Test ar…
Aku: Jangan paksa aku!
Mie: Cepatlah buat! Tadi macam berani sangat! *sambil tersenyum sinis.
Aku pura-pura angkat tangan. Tapi, dia masih selamba. Aku sebenarnya tak berani nak tampar orang. Tapi dengan dia, aku tak boleh tahan.
Mie: Kenapa tak tampar? Penakut!
Aku: Hish! *sambil blah daripada situ.
Aku keluar kejap nak pergi kelas 6B. Aku sembunyi kat situ kejap. Aku dengan Raihan main conteng papan hitam sebab boring. Dah puas conteng papan hitam, aku pergi kelas aku balik, 6A. Perlahan-lahan, senyumanku berdikit. Dia tengah pandang depan. Aku pulak kat belakang dia. Aku sengih macam kerang busuk. Dalam hati, aku bersorak. ‘Yes! Inilah peluang aku!’ tanpa dia sedar, aku tampar pipi dia sekuat hati. Aku rasa, kelas sebelahku pun boleh dengar. Aku dengar dia kata, “Aduh!” Aku mula tersengih. Padan muka! Lepas tu, aku lari kejap. Takut dia kejar aku n tampar aku. Tetapi sekarang, aku rasa dia tidak akan tampar aku. Aku akui, aku memang rindu nak tampar dia dengan dia tampar aku. Tapi, nak buat macam mana. Kalau aku tak mengadu dekat mama, sudah semestinya dia akan berterusan tampar pipi aku. Bila dia tak kacau aku, aku rasa boring sangat! Na ottoke… Sedih kejap.

Luahan hati,
Imanina

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Tuesday, March 29, 2011

Blog Baru

Assalamualaikum...

Dah berapa lama agaknya saya tak update blog ni ye? Rasanya, dah 4 minggu... Fuuiiyyooo... lama uh! Saya tak update blog kerana sibuk mengemaskinikan blog baru. Hobi saya yang sebenarnya ialah menulis. Jadi, blog baru itu untuk ditulis novel. Saya ni dah dikirakan obses nak jadi penulis. (Tapi, tak jadi-jadi jugak!) Okey, okey. Tak nak dengar celoteh saya dan nak tahu URL blog saya. Kat bawah ini, ye..

cintakauialahaku.blogspot.com  (Macam jiwang ajekan? Hehe..)

Okey, kalau tak nak tengok tak apa. Nanti, sebat dengan rotan buluh. (Erk! Nina kejam!! Protes Nina!!) Sekian di sini, wassalam...

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Saturday, February 26, 2011

Jom Lawat Laman Blog Ainaa Manja!

Hari ni, Nina rasa berseri-seri. Muka Nina ni, bercahaya! Ceh, geli pulak Nina dengar. Nak tau sebab kenapa muka Nina berseri? Ini kerana, Nina telah melawat laman blog Adik Ainaa. Cantik betul laman blog Adik Ainaa berbanding.... NINA! Hehe... Nak lawat laman blog Adik Ainaa? Kat bawah ini, ya!

maniastory.blogspot.com

Okey, bertambahlah follower Adik Ainaa. Tau tak, Adik Ainaa ramai follower. Adalah dalam 1000 lebih. Mudah-mudahan, follower Adik Ainaa akan bertambah menjadi 2000.. Hehe.. Sampai di sini sahaja. Wassalam...
DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Sunday, February 20, 2011

Japanise Cotton Cheese Cake dan Barbie Doll Cake

Semalam aku pergi Seremban dan terus singgah ke rumah mak teh aku. Selepas memberi salam dan disambut oleh mak teh, aku terus masuk ke dalam rumahnya. Wah! Aku ternampak Barbie Doll Cake! Cantiknya! Kalau boleh, aku nak je ngap kek tuh. Haha..
Aku menjenguk sikit ke dapur mak teh. Hmm… aku ternampak lagi sebiji kek. Wah! Berapa banyak kek ni? (Sebenarnya, mak teh aku ni pembuat kek!) Kek itu kemudian dimasukkan ke dalam oven. Selepas itu, terus dihidangkan di atas meja di tempat aku duduk. Berasap-asap! Hmm… Nampak macam sedap! Bila aku pegang aje kek tu, aku rasa dia punya kek lembut. Apa lagi? Sekali makan pun dah abis! Boleh runtuh diet aku! Sedap gila! Mak ngah aku kata nama kek tu Japanise Cotton Cheese Cake. Mak aku sebut pun dah berbelit-belit! Nak tengok contoh kek tuh? Hah, meh sini! Tengok kat bawah ni:
Hah! Ini ler bentuk keknya! Nak tengok yang Barbie Doll Cake tu? Bawah ni ye!



















Cantik tak? Cantik lah tu kan? Haha.. sampai di sini sahaja ya. Wassalam.

Yang Benar,
Imanina

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Friday, February 18, 2011

Oh! Malunyaaa!!!

Perkara ini berlaku ketika aku berumur 11 tahun. Loceng sudah berbunyi menandakan waktu rehat. Aku dan kawanku, Jannah pergi ke kantin sambil berlari-lari anak. Ketika itu, seorang kawan lelakiku, Amer sedang berlari sama menyebabkan Jannah terjatuh. Ketika itu, aku tidak perasan yang Jannah terjatuh. Lari punya lari, aku pun terjatuh sekali. Alamak! Malunya!!! Oh, tidak!!! Maruah aku tercalar! Haha…
Aduh, terpaksalah tebalkan muka aku. Jalan sajalah! Lantak orang nak pikir apa! Ish! Malu betul! Habis sakit sendi-sendi aku! Bila aku mengenangkan kenangan pahit yang menjadi manis itu, aku tersenyum. Kalau boleh mahu ulang sahaja masa. Ah, waktu itu memang kelakar gilalah! Haha.

Yang tengah gelak,
Ina

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)