Pages

Blogku Berusia

Daisypath Friendship tickers

Saturday, April 30, 2011

Blurku Berterusan... :D

Khamis, 4.00 petang, dalam kelas 6A, belajar subjek BM.

Raihan: Eh! Apa yang kau lukis tu?
Aku: Hmm… macam tak tau aje kau ni. Lukis kartunlah!
Raihan: Ah, bongak!
Aku: *berhenti melukis kejap*. Kenapa?
Raihan: Kau bukan lukis kartun, tapi anime!
Aku: Hek eleh! Buat aku suspen je. Ingatkan aku lukis tu, macam  monster!
Raihan: *sengih-sengih.
Tiba-tiba, ada orang panggil aku. Aku angkat kepala. Aku pandang semua orang. Apa kena pulak dengan diorang ni? Semua siap panggil aku!
Semua orang: Nina!! Nina!! Nina!!
Aku: Hah?? Apa? Apa? *buat muka terkejut and blur
Bila aku kata je perkataan tu, hampir semua orang tergelak. Aku kerut kening. Apa kehe gelak-gelak ni? Buang tabiat ke?
Raihan: Eh Nina! Cikgu panggil kaulah! Kau tak dengar ke? Tengok, semua orang siap BANTU cikgu panggil kau!
Aku: Eh ye ke? Manalah aku perasan! *sambil tersengih-sengih.
Raihan: Eee kau ni!
Aku: *buntangkan mata kejap.
Raihan: *tergelak.
Tiba-tiba, Ikram pandang belakang. Lalu dia kata:
Ikram: Eii… pekak!
Aku: Kau pehal hah? Mana aku perasan! *tak puas hati.
Lepas tu, aku rehat. Masa aku pergi kantin tulah, ada orang sibuk tanya aku.
Nana: Nina! Kau tak dengar ke cikgu panggil kau?
Aku: Tak perasan! Hehe… *gelak kejap.
Lepas tu, ada orang tanya aku lagi.
Rozi: Ni…na! Kau tak dengar ke cikgu panggil kau? Semua orang siap menjerit panggil kau!
Aku: Hehe… ye ke? *tayang senyuman malu.
Kenangan ini tidak mungkin kulupa sampai bila-bila. Insya-Allah, aku akan terus ingat sampai aku tua kerepot. Haha…

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)

Benci ke Sayang Cik Nina?? Haha

Hari ni, aku rasa sakit hati dengan seseorang. Aku kenalkan dia sebagai Mie ajelah. Masa tu, aku rilek-rilek dalam kelas. Tiba-tiba, dia datang dekat aku. Aku pun rasa peliklah. Apa pasal dia nak datang sini. Lepas fikir-fikir, dia tiba-tiba tampar aku. Aku tergamamlah jugak. Dalam hati aku ni, meluap-luap kemarahan aku kat dia. Tapi, aku sabo je. Kalau orang gila, jangan dilayan sangat!
Hari Khamis tu, aku ada tuisyen BM. Aku pun selamba ajelah duduk atas kerusi sambil minum air manis yang sejuk. Uuii… sedapnya! Sedang aku leka dengan berangan, ada satu tangan tampo pipi aku yang comel. Menyampah lak ai den dongar! Aku bangun dengan pantas sebab aku dah geram tahap gaban. Lepas tu, muka dia aku pandang. Mata aku pulak, tajam! Orang tengok pun naik gerun. Pastu, aku katalah sesuatu dengan dia.
Aku: Woi! kau pehal hah? Nak kena pelempang ke?
Mie: Test ar…
Aku: Jangan paksa aku!
Mie: Cepatlah buat! Tadi macam berani sangat! *sambil tersenyum sinis.
Aku pura-pura angkat tangan. Tapi, dia masih selamba. Aku sebenarnya tak berani nak tampar orang. Tapi dengan dia, aku tak boleh tahan.
Mie: Kenapa tak tampar? Penakut!
Aku: Hish! *sambil blah daripada situ.
Aku keluar kejap nak pergi kelas 6B. Aku sembunyi kat situ kejap. Aku dengan Raihan main conteng papan hitam sebab boring. Dah puas conteng papan hitam, aku pergi kelas aku balik, 6A. Perlahan-lahan, senyumanku berdikit. Dia tengah pandang depan. Aku pulak kat belakang dia. Aku sengih macam kerang busuk. Dalam hati, aku bersorak. ‘Yes! Inilah peluang aku!’ tanpa dia sedar, aku tampar pipi dia sekuat hati. Aku rasa, kelas sebelahku pun boleh dengar. Aku dengar dia kata, “Aduh!” Aku mula tersengih. Padan muka! Lepas tu, aku lari kejap. Takut dia kejar aku n tampar aku. Tetapi sekarang, aku rasa dia tidak akan tampar aku. Aku akui, aku memang rindu nak tampar dia dengan dia tampar aku. Tapi, nak buat macam mana. Kalau aku tak mengadu dekat mama, sudah semestinya dia akan berterusan tampar pipi aku. Bila dia tak kacau aku, aku rasa boring sangat! Na ottoke… Sedih kejap.

Luahan hati,
Imanina

DO YOU LIKE MY POST? YOU CAN COMMENT :)